Membawang,  TERKINI

(VIDEO) ‘Walaupun Mak Tom sudah tak ada..’- Azwan Ali Menangis Ketika Masak Rendang….

Kita sedia maklum bahawa selebriti sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah disahkan sebagai calon yang akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 14 (PRU-14) pada minggu hadapan. Diva AA bakal bertanding di Dun Bukit Antarabangsa menentang 4 calon lain termasuk abangnya sendiri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

 

Rendang Air Mata Diva AA

Baru-baru ini, Diva AA telah turun ‘padang’ dalam program pertamanya sebagai calon bebas Dun Bukit Antarabangsa. Malah dia turut memasak rendangnya yang terkenal untuk diedarkan pada penduduk dan para media yang hadir.

 

Namun begitu, ketika sedang memasak rendang, Diva AA secara tiba-tiba telah mengalirkan airmata dan berasa hiba mengenangkan arwah ibunya, Che Tom Yahaya yang meninggal dunia tahun lalu.

VIDEO:

Azwan Ali menangis sambil masak rendang…

Posted by Rizal Hakimm on Tuesday, May 1, 2018

Image result for Diva AA politik

“Tentunya saya sebak…Saya teringat duduk dengan arwah emak, belajar masak rendang.

Saya tak tahu dari mana dia belajar tetapi rendangnya terlalu sedap. Saya bersyukur saya pandai buat…

Walaupun Mak Tom sudah tak ada, tapi kenangan rendangnya tetap terpahat di jiwa mereka yang pernah menempah rendang saya,”

 

Janji Masak Rendang Setiap Minggu Sekiranya Menang

Image result for Rendang Air Mata Diva AA

 

Malah menerusi Utusan Malaysia pula, Diva AA memberitahu sekiranya dia menang pada PRU-14 kali ini, dia berjanji akan memasak rendang pada setiap minggu selama 5 tahun berturut-turut.

Katanya,biarlah perkara itu menjadi ‘trademark’ kepada dirinya untuk menyediakan masakan rendang istemewa kepada penduduk kawasan berkenaaan. Yang pastinya, PRU kali ini sememangnya sengit dan menarik. Malah ramai selebriti juga punyai kisahnya tersendiri yang berkait rapat dengan dunia politik.

 

Sumber : https://www.hangat.com/2018/38941/video-azwan-ali-menangis-ketika-masak-rendang-teringatkan-arwah-ibu/

Leave a Reply