TERKINI

Ucapan & Air mata Azmin Ali, diiringi sendu Tengku Permaisuri!

GOMBAK: Rakyat Selangor tidak perlu khuatir tentang siapa bakal mengganti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, kerana keadaan tadbir urus negeri ini dalam keadaan paling baik.

Ucapan beliau pada Sabtu jelas membuktikan bahawa cintanya terhadap negeri itu tiada tolok bandingnya dan beliau sudah pasti tiada galang gantinya.

Keikhlasan mentadbir dan menyayangi negeri itu dizahirkan beliau dalam ucapannya.

“Patik bersyukur diberikan peluang untuk menabur jasa dan bakti kepada rakyat di bawah payung kebesaran Tuanku.

Namun, setiap yang baharu, pasti ada akhirnya. Setiap yang bermula ada penamatnya. Itulah lumrah alam dan hukum di kehidupan maya pada ini.

“Sepanjang hayat patik, belum pernah patik berdepan dengan dugaan seberat ini untuk membuat pilihan. Selangor adalah hati dan nurani patik, negara pula adalah jiwa dan sanubari patik,” katanya sebak.

Begitu ucapan Mohamed Azmin buat kali terakhir sebagai Menteri Besar Selangor di Majlis Iftar dan Tarawikh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama rakyat di Masjid Gombak Utara hari ini.

Ucapan beliau turut menyentuh perasaan Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman yang turut menitiskan air mata.

Mungkinkah akan ada cinta kasih kepada Selangor sedalam ini buat pengganti Mohamed Azmin?

Sumbee : Astro Awani