Uncategorized

“Tunggu Bayaran Stesen TV, Dah Lama Jadi Lembu” – Che Ta berang!!

Seingat kami, sebelum ini Nabila Huda pernah meluahkan perasaannya terhadap produksi drama tempatan yang masih mengenakan bayaran yang rendah walaupun sara hidup ketika ini boleh tahan juga tingginya.

Sementara itu, Che Ta baru-baru ini turut memuatnaik Insta Stories yang juga berkaitan dengan bayaran.

Melalui luahan hati Che Ta, ternyata dia bengang situasi yang menimpanya gara-gara masih tidak menerima bayaran daripada pihak stesen televisyen, stesen TV mana, tidaklah pula didedahkan.

 

“TV stesen ni bila jemput kita buat program, janji payment 2 minggu, 5 bulan pun belum nampak bayang RM!

Kalaulah kita ni hidup duduk menghadap duit keluar TV, lama dah jadi lembu makan rumput tepi jalan!,” tegas Che Ta.

 

Sumber :  https://www.rotikaya.com/tunggu-bayaran-stesen-tv-dah-lama-jadi-lembu/

 

 

BERITA SETERUSNYA:

 

“Seperti mahu terputus nafas” – Sari Yanti…

 

Sepatutnya keluar pada hari pertama Ramadan. Rupa-rupanya tak sabar bawa bahagia untuk semua terutama abah dia.

“Lama betul kakak dalam bilik bersalin kali ini. Terasa hampir terputus nafas kakak. Alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang tersayang,” tulisnya di Instagram pada Khamis.

 

Image result for sari yanti jep anak

 

Sari mempunyai dua cahaya mata pada perkahwinan terdahulu.

Image result for sari yanti jep anak

Sari, 34, selamat melahirkan bayi perempuan pada 25 April lalu di sebuah hospital swasta.

 

Pada posting yang sama, Sari mengumumkan Dariya Inara sebagai nama yang dipilih untuk bayi tersebut.

 

Sementara itu, Sari turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang memberi semangat dan menunjukkan rasa bimbang sepanjang proses kelahiran.

 

“Terima kasih sayang untuk doa dan semangat, cinta dan kasih sayang. Wajah awak yanh sayang sangat, bimbang, panik, buntu, sebak semua itu menjadi memori yang sangat indah,” ujarnya.

Pelakon drama Cik Serba Tahu itu berkahwin dengan pelawak Jep pada 25 Februari tahun lalu.

 

Pada perkahwinan sebelum ini, Sari mempunyai dia cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

 

Sumber : http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/05/03/sariyanti-anak/#my22fKyTRZTGaHUb.99

Leave a Reply