Membawang,  Tauldan

“Tolong Doakan Xandra Sihat.. ” Lan Solo Dan Isteri tabah menghadapi..

ISTERI kepada penyanyi Lan Kristal, Nur Sheila, memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan anak keempatnya, Nur Amna Quxandra, 3 bulan, yang bakal menjalani pembedahan pada 31 Mei depan.

Pembedahan yang akan dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu adalah untuk merawat sumbing yang dialami anak bongsu pasangan ini yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.

Sheila yang turut memuat naik sekeping gambar bayi yang telah melalui pembedahan tersebut di laman Instagramnya, mengakui sudah cukup bersedia untuk berdepan saat-saat penting itu.

“Ini bukan Xandra, tapi inilah prosedur yang bakal Xandra lalui. Sebab itu dari Xandra lahir sampai sekarang, saya sedang dan masih belajar untuk cekalkan hati menghadapi hari-hari  bersama Xandra.

“Untuk diri saya sendiri, insya-ALLAH… rasanya saya dah cukup bersedia dan saya mengharap doa dari semua untuk sama-sama bantu saya dan anak-anak cleft lain dipermudahkan segala urusan pembedahan dan dapat sembuh dengan segera.

“Untuk info, Xandra akan menjalani pembedahan pada 31 Mei 2018 di PPUM, dengan syarat Xandra perlu sihat sepenuhnya. Kalau tidak, pembedahan akan ditunda. Jadi, tolong doakan ye..” tulisnya pada kapsyen.

Selain Xandra, Lan dan Sheila yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 ini mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

Sumber Ilham: sinarharian

Tak sangka saya sekuat ini – Lan Solo

PETALING JAYA: Penyanyi Mohd Razlan Mohamed Yusof atau lebih dikenali sebagai Lan Solo tidak berkecil hati dengan sikap segelintir pengikut laman sosial yang mempersenda bayinya, Nur Amna Quxandra yang dilahirkan sumbing.

Bekas vokalis kumpulan Kristal itu berkata, dia juga tidak menyalahkan mereka kerana kebanyakan yang berbuat demikian adalah kanak-kanak yang masih belum matang fikiran.

“Tidak dinafikan, saya menerima komen negatif yang mempersenda apabila saya memuat naik gambar anak di laman sosial. Selepas melihat profil, kebanyakan yang berbuat demikian adalah kanak-kanak yang masih belum matang.

“Saya tidak sangka boleh sekuat ini ketika berdepan kecaman seperti itu. Bagaimanapun, hanya segelintir yang tidak sensitif kerana selebihnya tetap menyokong dan memuji tindakan saya berkongsi wajah anak walaupun tahu risiko bakal dihadapi,” katanya.

Ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya, Berpisah Tanpa Rela di Mutiara Damansara, di sini, hari ini, bekas finalis Gegar Vaganza Musim Keempat (GV4) turut memperkenalkan muzik video lagu hasil ciptaannya itu.

Penyanyi berusia 32 tahun ini berkata, dia juga tidak menyangka tindakannya berkongsi wajah puteri istimewanya itu memberi inspirasi kepada ibu bapa lain yang berdepan nasib serupa.

“Ada yang menghantar mesej sambil menunjukkan wajah anak mereka, sedangkan sebelum ini malu berbuat demikian. Kami juga bertukar-tukar maklumat mengenai kecacatan yang dialaminya. Dari situ, saya mengetahui kewujudan persatuan berkaitan.

“Mereka juga banyak membantu melancarkan urusan pendaftaran pembedahan anak saya yang bakal dilakukan pada hujung bulan depan. Sementara menanti waktu itu, saya dan isteri perlu memastikan keadaan kesihatan anak dalam keadaan memuaskan supaya urusan pembedahan tidak tertangguh,” katanya.

Sumber Ilham: bhplus

Leave a Reply