Info

Tak Sangka, Inilah 10 Produk Harian Yang Banyak Dihasilkan Daripada Khinziir..No.7 Paling Popular..!

Babi ataupun khinzir adalah haiwan yang telah dijelaskan tentang pengharamannya di dalam Al-Quran. Orang Islam diharamkan untuk memegang haiwan ini secara terus tanpa berlapik.

Bukan itu sahaja, malah produk yang dihasilkan daripada mana-mana sumber berasaskan babi juga haram disentuh apatah lagi digunakan. Anggota badan seperti lemak, kulit dan macam-macam lagi digunakan bagi menghasilkan pelbagai produk, yang mencecah 185 produk kesemuanya.

 

Admin ingin kongsikan 10 produk harian yang dihasilkan menggunakan bahan daripada haiwan ini.

1. Aiskrim

Image result for Aiskrim

Image result for Aiskrim

Aiskrim adalah antara satu pencuci mulut kegemaran ramai tak kiralah kanak-kanak. Namun terdapat aiskrim yang dihasilkan menggunakan salah satu anggota daripada haiwan ini. Gelatin babi digunakan untuk mengawal penghabluran gula dan memperlahankan proses pencairan aiskrim.

 

2. Mentega rendah lemak

Image result for Mentega rendah lemak

Bagi anda yang sukakan mentega, berhati-hati ketika membelinya kerana kemungkinan mengandungi bahagian haiwan ini. Seperti aiskrim, gelatin babi juga digunakan dalam penghasilan mentega rendah lemak.

Untuk menghasilkan mentega, krim perlu ditapis daripada susu. Proses ini memerlukan penapis berkualiti tinggi dengan liang yang halus bagi memisahkan kedua-duanya dengan baik.

 

Kualiti mentega bergantung kepada kualiti krim yang ditapis, yang mana krim yang berkualiti tinggi dihasilkan menggunakan penapis yang baik. Dan penapis yang baik kemungkinan besar diperbuat daripada gelatin babi kerana ia mempunyai liang yang sangat halus.

 

3. Pelembut fabrik

Image result for Pelembut fabrik

Mungkin ramai yang tak tahu, dan juga tak pernah menyangkakan bahawa penghasilan pelembut fabrik juga kemungkinan mengandungi babi. Asid lemak daripada lemak tulang khinzir untuk memberikan warna kepada produk ini.

 

4. Berus lukisan

Related image

Ramai yang sudah menyedari bahawa terdapat berus cat atau lukisan yang dihasilkan daripada bulu khinzir selepas tular di seluruh negara mengenai produk ini.

Berus ini biasanya adalah berus cat minyak dan akrilik, yang dihasilkan menggunakan bulu yang diambil daripada bahagian belakang khinzir. Ia sangat sesuai kerana kekuatannya tetapi kenyal.

 

5. Syampu

Related image

Seperti pelembut fabrik, penggunaan bahagian khinzir dalam penghasilan syampu adalah sangat serupa. Asid lemak yang diperolehi daripada lemak tulang khinzir digunakan dalam menghasilkan syampu yang kelihatan seperti mutiara.

 

6. Yogurt

Related image

Yogurt sering dipasarkan sebagai makanan diet bagi mereka yang cuba untuk menguruskan badan, dan bagi kanak-kanak yang ingin tinggi.

Namun, terdapat yogurt yang dihasilkan menggunakan bahan daripada khinzir.

Beberapa jenis yogurt menggunakan kalsium daripada tulang babi dalam penghasilannya.

 

7. Ubat gigi

Image result for gosok gigi

Penghasilan produk ubat gigi yang halal melegakan kebanyakan umat Islam kerana boleh digunakan tanpa ragu-ragu. Ya, terdapat ubat gigi yang dihasilkan daripada bahagian badan khinzir

Gliserin merupakan cecair yang tidak berbau dan berwarna yang diperolehi daripada lemak khinzir, lembu, atau kambing. Selain digunakan untuk menghasilkan bom dinamit, gliserin juga merupakan agen pemanis dan pemelihara bagi ubat gigi untuk mengekalkan teksturnya.

8. Rokok

Image result for Rokok

Bagi mereka yang membuat kajian mengenai rokok pasti mengetahui perkara ini, namun biasanya dinafikan oleh perokok sendiri, apatah lagi yang tegar. Namun dakwaan bahawa rokok mengandungi khinzir adalah benar.

Hemoglobin (protein merah) daripada darah khinzir digunakan untuk membuat penapis rokok (filter) bagi menghasilkan “paru-paru tiruan” yang dikatakan untuk mengurangkan bahan-bahan kimia yang berbahaya daripada disedut oleh perokok. Ini merupakaan antara salah satu sebab merokok itu adalah haram.

9. Snek tenaga (Energy bar)

Image result for Energy bar

Bagi mereka yang kerap bersukan dan bersenam terutama atlet dan ahli bina badan pasti tahu akan snek ini. Harganya agak mahal kerana ia mampu memberikan tenaga dan protein yang cepat kepada badan untuk melakukan senaman.

Namun, perlu ambil tahu kemungkinan ia mengandungi khinzir. Kolagen daripada khinzir yang dirawat merupakan sumber protein yang sangat murah, dan kemungkinan diguakan dalam penghasilan snek ini.

10. Krayon

Image result for Krayon

Pasti tak ada siapa pun yang akan mencari tanda halal jika ingin membeli krayon kan? Tak pernah terlintas di fikiran, namun krayon juga tak terlepas daripada dihasilkan menggunakan bahan daripada haiwan ini.

Asid lemak daripada khinzir digunakan sebagai agen pengeras yang memberikan krayon bentuknya.

 

Rujukan :  https://ceritaviral.pw/2018/10-produk-harian-yang-dihasilkan-daripada-kh1nzir-no-3-tu-tak-sangka-ada-juga-mohon-berhati-hati-lepas-ni/

Leave a Reply