SUKANEKA

‘Tak Nak Gadis Seksi Jadi Umbrella Girl’ – Hafizh Syahrin

Nama pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin kian jadi sebutan ramai. Kejayaannya meletakkan dirinya sebagai pelumba MotoGP menjadikan dirinya antara pelumba muda yang kian dikenali di seluruh dunia.

Malah kejayaannya baru-baru ini meraih dua mata berharga untuk pasukannya juga turut membanggakan negara. Ramai yang perasan di sebalik litar akan ada seorang wanita berhijab setia memberi sokongan padanya setiap kali beraksi.

Rupanya inilah wanita atau ‘umbrella girl’ yang sentiasa setia berdiri di belakang Hafizh Syahrin dalam merai setiap perlumbaan disertainya. Wanita berhijab ini adalah isterinya, Noor Suzana Manaf.

Pada March lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali, menyaksikan pelumba diberi jolokan ‘Pescao 55′ itu ditawarkan kontrak selama setahun untuk beraksi dalam kelas perdana.

“Hafizh mengejutkan ramai pihak ketika sesi latihan di Litar Chang, Buriram di Thailand pada hujung minggu lalu. Walaupun kali pertama menguji jentera itu, beliau menunjukkan prestasi yang baik, sebab itu berjaya mendapat peluang ini.

“Selepas ini, kita serahkan Hafizh kepada ketua pasukan, Herve Poncharai. Dia akan bimbing dan didik Hafizh supaya menjadi seorang pelumba lebih matang dan baik serta dapat memberi saingan kepada pelumba lain seperti Valentino Rossi, Marc Marquez dan Jorge Lorenzo,” katanya pada sidang media mengumumkan perkara ini.

Sumber : Media Hiburan