Membawang

Tahniah..Alhamdulillah. Penyanyi popular Shila Amzah & Haris selamat diijab kabul..

DENGAN sekali lafaz, penyanyi Shila Amzah sah bergelar isteri.

Shila Amzah, Haris selamat diijab kabul

Majlis pernikahan bertemakan ‘indoor garden’ itu berlangsung di kediaman Shila di Cheras sekitar jam 6 petang tadi.

 

#shilaamzah #shilalas #shahilaamzah #sharisoffthemarket #shilaxharis

A post shared by Shila Amzah (@shilaamzah) on

 

https://www.instagram.com/p/BhwBBhgg34Q/

 

Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah selamat diijabkabulkan dengan Haris atau nama penuh, Haris Idraki Elias oleh Ustaz Helmi Saadon dari Jabatan Agama Islam Selangor.

Nurshahila Amzah, atau lebih dikenali sebagai Shila, 27 telah mengikat tali pertunangan bersama Haris Idraki, 28 pada 3 November lepas di kediaman keluarganya di Cheras.

“Walaupun sibuk dengan jadual yang padat untuk karier saya, saya juga sibuk dengan persiapan perkahwinan saya yang akan berlangsung 19 April ini.

 

“Sebagai penggiat seni, saya akur dengan ketetapan untuk berulang alik terutamanya ke China kerana saya juga perlu memenuhi permintaan di sini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.

 

Namun, tarikh resepsi dua mempelai ini akan diumumkan kelak.

 

Dalam pada itu, Shila merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang berjaya melakar nama dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2018.

 

“Saya bersyukur disenaraikan dalam Forbes 30 Under 30 Asia bagi kategori Hiburan dan Sukan kerana turut tersenarai dengan nama-nama hebat yang lain.

 

 

“Tersenarainya saya dalam Forbes 30 Under 30, saya berharap ia dapat memberi inspirasi buat anak-anak muda untuk terus bekerja keras bagi mencapai apa yang diimpikan,” katanya.

 

Lihat Video:

 

SUmber : Youtube

Leave a Reply