Info,  TERKINI

TERKINI: Israel halang jenazah pulang ke Gaza! ..

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman telah mengarahkan penguat kuasa Mesir untuk menghalang jenazah imam dan pensyarah Palestin di Malaysia, Dr. Fadi M. R. Albatsh, daripada dibawa pulang ke Gaza.

 

Lapor Palestine News Network semalam, Lieberman menyatakan bahawa, dia “telah membuat satu permohonan mengenai perkara ini melalui kaedah konvensional”, sambil menambah bahawa permintaannya itu relevan kerana sempadan Rafah dikawal oleh kedaulatan Mesir.

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman dilaporkan meminta pihak berkuasa Mesir supaya tidak membenarkan mayat Dr Fadi M R Albatsh Fatma dibawa masuk ke Semenanjung Gaza.

 

Menurut laporan portal berita Palestin News Network, Lieberman berkata menerusi satu kenyataan kepada media tempatan, pihaknya sudah menghantar permintaan itu menggunakan kaedah konvensional dan menegaskan perkara itu tidak terletak di bawah bidang kuasanya memandangkan kawasan sempadan Rafah berada di bawah kuasa Mesir.

 

“Kerajaan Israel mengulangi keputusan yang pernah dibuat sebelum ini iaitu menghalang mayat pejuang Hamas dibawa masuk ke Gaza untuk dikebumikan,” katanya.

 

Menteri Pendidikan, Naftali Bennett, turut berkongsi pandangan yang sama, berkata pihaknya tidak akan membenarkan mayat Fadi dibawa pulang ke Gaza, kecuali pihak Hamas bersetuju untuk memulangkan dua mayat tentera dan dua rakyat Israel yang didakwa ditahan oleh Hamas.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi Sabtu, Fadi yang berasal dari bandar Jabalia di utara Gaza maut ditembak dua suspek menunggang motosikal berkuasa tinggi ketika berjalan menuju ke surau tidak jauh dari pintu masuk hadapan sebuah kondominium di Setapak, di sini.

 

Pihak Kedutaan Palestin dan keluarga Fadi dilaporkan dalam proses membawa pulang jenazah Fadi ke Gaza untuk dikebumikan dan kini menunggu kelulusan daripada kerajaan Mesir.

Avigdor Lieberman

Lieberman turut berkata, bahawa rejim Israel sedang melaksanakan polisi baru yang melarang kemasukan jenazah pejuang gerakan Hamas untuk dikebumikan di Gaza.

DR Rami Albatsh (kanan) di Unit Forensik Hospital Selayang (HS) ,bagi urusan membawa pulang jenazah abangnya ke Gaza.

Menurut laporan itu, Menteri Pendidikan Israel Naftali Bennett juga pada hari Sabtu berikrar untuk menghalang Hamas daripada membawa tubuh Fadi kembali ke Gaza untuk dikebumikan kecuali Hamas mengembalikan tentera Israel yang ditahan di Gaza.

ISTERI mangsa, Enas Al Batsh (tengah) keluar dari Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang selepas menziarahi jenazah suaminya, Dr Fadi M R Albatsh Fatma yang mati ditembak kelmarin. – Foto Saddam Yusoff

Sebelum ini, mayat dua orang tentera Israel yang terbunuh, Simcha Goldin dan Oron Shaul, dan dua lagi penduduk Israel yang terselamat, Avera Mengistu dan Hisham al-Sayed, yang memasuki Gaza atas kehendak sendiri pada tahun 2014 dan 2015, kini sedang yang ditahan oleh Hamas.

 

Fadi, 35, dari pekan Jabalia, utara Gaza, telah dibunuh di hadapan kondominium Puteri Idaman di Setapak, ketika dalam perjalanan untuk solat subuh kira-kira pukul 6 pagi, Sabtu lalu.

 

Dalam pada itu, Kedutaan Palestin di Malaysia dilaporkan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia dan Mesir untuk membawa pulang jenazah Fadi ke Gaza atas permintaan keluarga allahyarham.

 

 

Sumber- K! ONLINE

Leave a Reply