Membawang

Sekian lama terpendam, Pengakuan terbuka Nana ‘reject’ Fikry Ibrahim…Sabar Bro!

PENYANYI Siti Nordiana hanya mampu tertawa apabila foto dia dan Alif Satar memakai baju pengantin tular di laman sosial.

 

Menurut Siti Nordiana atau Nana, foto tersebut di muat naik Instagram dan menjadi perhatian peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan drama Pengantin Musim Salju yang bakal bersiaran di Astro tidak lama lagi.

 

“Kita hanya mampu gelak sahaja. Ada peminat yang kata sweet dan suka dengan watak kami. Mereka pun tak bawa sampai ke dunia realiti,” kata Nana.

Image result for siti nor diana Fikry Ibrahim

Manakala, Alif pula berkata, “Saya pun ketawa bila ada orang yang ingat kami kahwin betul-betul. Isteri saya di rumah pun terkejut, tapi dia faham itu gambar semasa penggambaran.

 

Image result for siti nor diana Fikry Ibrahim

 

Ditanya mengenai aktor pilihan, Siti Nordiana berkata dia lebih selesa bergandingan dengan Alif.

 

“Kalau antara Alif dengan Fikry Ibrahim, saya lagi selesa berlakon dengan Alif.

 

“Saya dengan Fikry tak ada apa-apa hubungan istimewa. Kami kawan sahaja, itu semua gosip.

Image result for siti nor diana Fikry Ibrahim

“Khai Bahar pula seperti adik saya sahaja. Kami meminati muzik yang sama dan dia seorang penyanyi yang bagus,” jelasnya.

 

Dalam perkembangan lain, Alif Satar dan Siti Nordiana bakal muncul dengan single duet, Sebenarnya.

 

Karya ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong dan Romeo itu turut dipilih sebagai lagu tema drama rantaian terbaru lakonan mereka, Pengantin Musim Salju.

 

“Selepas bergandingan dalam drama bersiri dan muzikal, kini kami bergandingan dalam sebuah lagu duet pula.

 

“Kami berdua juga bakal mengadakan konsert sulung di Singapura pada Ogos depan,” katanya.

Image result for siti nor diana Fikry Ibrahim

Konsert ‘Just Us – Alif Satar Siti Nordiana Live in Singapore’ akan berlangsung di Shine Auditorium, Shaw Tower, Singapura, pada 31 Ogos depan.

 

 

VIDEO:

 

Sumber : http://www.mstar.com.my/hiburan/zoom/2018/04/25/siti-nordiana/#LoV62vC86uDt3Y4d.99

Leave a Reply