Membawang

Sejuk Mata Melihat…Cantiknya Mulan Jameela! Kini Tekad Untuk Berhijab

‘Kamulah makhluk tuhan yang paling seksi..seksi sekali!’ Begitulah antara bait-bait lirik laguMakhluk Tuhan Paling Seksi yang didendangkan oleh penyanyi Indonesia, Mulan Jameela.

Kini Manis Bertudung

Sudah lama tidak mendengar khabar Mulan bukan? Berita terbaru mengenai isteri kepada vokalis Dewa 19, Ahmad Dhani  kini dikatakan sudah bertudung penuh selepas pulang dari Palestin pada April lalu.

Menurut Mulan, dia mengakui selesa dengan imej bertudung dan akan kekalkan imej itu meskipun Ramadan akan berlalu kelak.

“Saya mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya tiga hari sebelum kedatangan Ramadan”

Tidak Lagi Menunjukkan Imej Seksi

Tambah Mulan, dia juga sudah mengambil keputusan untuk tidak lagi memakai pakaian yang ketat dan seksi. Malah khabarnya dia bakal menjual pakaian itu selepas mendapat nasihat daripada rakan-rakannya.

“Mungkin sebelum ini saya mempunyai banyak baju ketat dan seksi. Rasanya selepas ini saya tidak akan memakai lagi baju tersebut dan rakan saya menyuruh saya melelongkan baju-baju tersebut,”

Khabar berita itu bukan sahaja menggembirakan ahli keluarga, malah peminat-peminatnya juga mendoakan yang terbaik dan mohon untuk berisitiqamah. Manis bukan apabila penyanyi ini bertudung?

BACA  Kerana Kuah Soto Ini, Restoran Ahmad Dhani Dikutuk Teruk

Sumber Serambinews