Tauldan

Sayu! Anak sempat puji ‘my daddy is a hero’ sebelum ayah sorok mayat dalam tangki minyak..

SALAH seorang kanak-kanak yang dipercayai dibunuh oleh bapa kandungnya dilihat telah memanggil lelaki itu seorang ‘wira’ dalam satu video keluarga yang menyentuh hati yang dirakam dua bulan lalu.

 

Kanak-kanak itu dilaporkan ditemui mati bersama adiknya yang berusia tiga tahun dan ibunya yang sedang hamil. Mayat mereka dibuang dalam tangki minyak.

 

Polis berkata Christopher Watts, 33, disyaki membunuh anaknya, Bella, 4, dan Celeste, 3, serta isterinya Shanann, 33, sebelum menyembunyikan mayat mereka di dalam tangki minyak berhampiran rumahnya di Colorado, Amerika Syarikat.

 

Ketiga-tiga mayat dimasukkan ke dalam tangki yang penuh minyak untuk mengelakkan daripada berbau, menurut polis.

 

Dalam satu video menyayat hati (video bawah artikel), Bella dilihat duduk di belakang kereta sambil menyanyikan sebuah lagu yang memuji bapanya.

 

“Bapa saya seorang wira, dia membantu saya membesar dengan kuat.

“Dia membaca buku saya, dia mengikat tali kasut saya, kamu seorang wira. My daddy, daddy, saya sayang kamu,” demikian bait-bait lirik yang dinyanyikan Bella.

 

Rakaman ini muncul ketika rakan-rakannya memberitahu tentang masalah kewangan yang dihadapi pasangan itu.

 

Ada juga yang mencadangkan Watts mungkin ditipu, dan ada yang menyatakan hubungan mereka kelihatan kukuh.

 

Dua lagi video menunjukkan Shanann memuji suaminya sebagai ‘perkara terbaik yang pernah berlaku kepada saya’ dan memberitahu bahawa dia mengandung dua bulan sebelum suaminya itu disyaki membunuh dirinya dan dua anak perempuan mereka.

 

Shanann mengumumkan kehamilannya kepada Watts dalam video yang disiarkan di Facebook pada Jun.

 

Dia tersenyum selepas melihat ujian positif dan berkata, ‘saya rasa bila kita benar-benar menginginkan sesuatu, ia berlaku’.

 

Dalam video lain yang dimuat naik ke Facebook sebulan lalu, Shanann dilihat bercakap tentang bagaimana masalah kesihatan yang serius telah mendorongnya ke ‘kehidupan saya yang paling gelap’ sebelum dia bertemu Watts, yang disifatkannya sebagai ‘indah’.

 

Shannon sedang mengandung 15 minggu dan dijangka melahirkan seorang bayilelaki ketika dia ditemui meninggal dunia. Anak itu akan dipanggil Nico.

 

Menceritakan tentang perkenalan dengan Watts, Shanann berkata dia pada mulanya menolak permintaan lelaki itu untuk berkawan dengannya di Facebook tetapi kemudian mengubah fikirannya apabila Watts sendiri menyatakan hasrat berkenalan dengannya.

 

“Saya dapat permintaan dari Chris di Facebook, saya malas nak fikir, ‘tak kisahlah saya bukan nak jumpa dia pun’ jadi saya setuju.

 

“Semunya bermula dari situ dan lapan tahun kemudian kami mempunyai dua anak, kami tinggal di Colorado dan dia adalah perkara terbaik yang pernah berlaku kepada saya.

 

“Kerana cabaran kesihatan saya, saya terima dia…dia tahu keadaan terburuk saya dan dia menerima saya. Dia sentiasa ada untuk saya susah senang,” katanya.

Youtube ;

Sumber : http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/08/19/anak-puji-bapa-wira/#zX9rriIsJJygHe0m.99