Info

Ramai tak tahu. Aliff Syukri Akui Hidap Disleksia, Anak Turut Warisi Sindrom Yang Sama…

Sebut je nama usahawan berjaya Datuk Seri Aliff Syukri, semua sudah tahu kisah disebalik kejayaannya yang bermula daripada bawah untuk sampai ke tahap ini.

Namun, ramai yang tidak tahu Aliff Syukri merupakan penghidap disleksia. Disleksia bukanlah satu penyakit, tetapi ia merupakan sejenis gangguan yang membuatkan seseorang itu tidak mahir membaca, mengira, menulis dan mengeja.

Aliff mendedahkan, dia mula menyedari menghidap sindrom disleksia ketika berusia 20 tahun apabila dia tidak tahu membezakan kiri dan kanan.

Bukan itu saja, dia juga sedar dia lambat membaca dan sukar untuk memahami sesuatu perkara. Tambahnya, anak sulungnya turut mewarisi sindrom tersebut.

“Saya ada berjumpa dengan doktor, namun masalah ini sukar diubati apabila kita sudah tua. Anak sulung saya turut mewarisi disleksia, jadi saya menghantarnya ke sekolah khas untuk disleksia.”

Tambah Aliff lagi, dia sering menghadapi masalah pelupa, fikir terbalik, tidak mahir membaca Al-Quran dan sukar menguasai Bahasa Inggeris.

Pengasas kosmetik D’herbs itu juga turut menasihati ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak yang lemah dalam pembelajaran agar tidak menganggap anak mereka bodoh. Bimbing mereka dan kesan kebolehan mereka yang lain.

sumber : rotikaya

Leave a Reply