Info,  TERKINI

Rakaman CCTV dijumpai, Ejen Eropah naik motor BMW. Lihat profile Imam Fadi, bukan calang2!

Latar belakang Imam Fadi..

KERAJAAN Malaysia mengesyaki pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Dr Fadi M R Albatsh, dilakukan mereka yang ada kaitan dengan ejen perisikan negara bermusuhan dengan Palestin, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia kerana siasatan awal mendapati perbuatan itu dilakukan dua lelaki berkulit putih yang menaiki motosikal berkuasa tinggi jenis BMW 1100 kuasa kuda (CC).

“Saya turut berdukacita terhadap kematian Fadi yang berdasarkan maklumat Polis Bukit Aman adalah rakyat Palestin yang sudah 10 tahun menetap di Malaysia dan pakar dalam bidang kejuruteraan elektrik serta roket.

“Kematian beliau mungkin ada kaitan dengan perisikan dari negara luar yang mengesyaki Fadi mempunyai saham daripada sumbangan melatih pelajar UniKL (dalam membuat roket) atau menjadi liabiliti dengan sebuah negara bermusuhan dengan Palestin,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bangunan GiatMARA Bagan Datuk, hari ini.

Fadi yang juga imam dari Palestin ditembak mati di kawasan pejalan kaki di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, di sini, ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi.

Siasatan awal polis mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.

Berikutan itu, polis menubuhkan pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis mempunyai tanggungjawab untuk menahan kedua-dua suspek itu kerana perbuatan berkenaan dilakukan di Malaysia, tambahan pula mangsa adalah pemastautin tetap di negara ini.

Beliau berkata, siasatan polis membabitkan pelbagai aspek termasuk mendapatkan bantuan polis antarabangsa (INTERPOL), polis ASEAN (ASEANAPOL) dan agensi perisikan asing.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/332654/update-ejen-negara-asing-disyaki-bunuh-fadi

Leave a Reply