TERKINI

Perdana Menteri mengejutkan wartawan apabila beliau berkata sesuatu mengenai KJ. Ini apa Tun M kata tentang KJ

ALOR SETAR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi “sokongan” kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk menjadi presiden Umno.

Perdana menteri mengejutkan wartawan apabila beliau berkata, Khairy ialah calon “terbaik” untuk memegang jawatan itu.

“Saya rasa Khairy calon terbaik…(jawatan) Presiden Umno ialah Khairy Jamaluddin,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH Kedah di Seri Mentaloon, di sini hari ini.

Setakat ini, Khairy akan berdepan 3 pencabar lain, iaitu bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas menteri pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Pada 22 Mei lalu, pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua jawatan dalam parti itu terbuka dan bebas dipertandingkan, termasuk jawatan presiden, timbalan dan naib presiden pada pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai kemelut di Perlis, di mana 9 adun Barisan Nasional menentang pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar.

Katanya, masalah di Perlis disebabkan kekalahan Umno pada pilihan raya umum 9 Mei lalu dan beliau tidak akan campur tangan dalam krisis lantikan menteri besar Perlis kerana ia tidak ada kaitan dengan partinya.

Beliau berkata, krisis BN Perlis itu disebabkan Umno kini dalam keadaan kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan prinsip perjuangan sebenar mereka.

“Macam mana saya nak campur tangan, parti saya tidak ada kuasa di Perlis, kalau ada kuasa bolehlah saya campur tangan.”

Pada 24 Mei lalu, Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim meminta Dr Mahathir campur tangan dalam krisis menteri besar negeri itu.

Sumber : Kicappedas