Membawang

“Orang Saja Nak Kenakan Saya”- Uqasha tampil beserti bukti!

Susulan daripada berita penahan pelakon popular, Uqasha Senrose semalam berkenaan tuduhan memiliki dadah, akhirnya pelakon yang juga kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose ini ‘membuka mulut’ menjelaskan hal yang sebenar.

Terdahulu kecoh mengenai seorang pelakon wanita popular yang ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.

Bukti? 

Keputusan Air Kencing Negatif! 

Walaubagaimanapun, Uqasha telah pun dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi. Setelah menjalani ujian air kencing, ternyata keputusannya adalah negatif dan pelakon ini turut menafikan bahawa dia sedang khayal ketika ditahan polis selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi, semalam.

“Saya tidak ‘lalok’ langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif”

Uqasha Disabotaj?

Tambah pelakon itu, dia sama sekali tidak tolak kemungkinan bahawa dia telah disabotaj oleh seseorang dan enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut.

“Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini,”

Ini bukanlah kali pertama kita mendengar kes selebriti dianayai. Terdahulu pelakon Nazmi Adhwa dan Datuk Farid Kamil turut dikatakan menerima nasib yang sama.

Sumber  Harian Metro via thehttps://www.hangat.com/2018/34861/terasa-syuk-mohon-maaf-pada-uqasha-senrose/

Leave a Reply