Info,  Tauldan

Minta Pinjam Duit, Youtuber Ini Dedah ‘Perangai Sebenar’ Sufian Suhaimi….!

Nama Sufian Suhaimi naik mencanak gara-gara kisah putus tunang dan kemudian single Di Matamu yang dilancarkan selepas insiden itu mendapat jutaan tontonan dalam masa singkat. Namun mungkin ramai yang tidak tahu siapa Sufian sebenarnya sebagai seorang rakan.

 

Seorang Youtuber, Zack Merican membuat satu video ‘prank’ yang membabitkan penyanyi ini. Walaupun hanya satu gurauan, jawapan yang diberi Sufian kepada rakannya itu cukup mengharukan.

Prank nak pinjam duit

 

YOUTUBE:

Dalam video itu, Zack menelefon Sufian untuk meminjam duit berjumlah RM600 semata-mata untuk keluar makan dan berkaraoke dengan teman wanitanya di Sabah.

Walaupun alasan diberikan Zack agak tidak kukuh, namun Sufian dengan rela hati sedia memberi pinjaman kepada temannya itu.

Image result for Zack menelefon Sufian

Paling menyentuh perasaan, menurut Sufian, setelah didedahkan semuanya hanya prank, dia berkata dia sedia memberi pinjam kerana ada alasannya sendiri. Padanya, Zack berniat berbelanja dengan niat untuk memikat kekasihnya yang mungkin akan berakhir dengan rumah tangga dan dia ada ‘saham’ di situ.

 

Sumber: Aliff Haniff, Zack Merican via Ohbulan

 

BERITA SETERUSNYA;

—–

‘Kebijaksanaan Fadi jadi ancaman…’- Ayah merayu bawa pulang jenazah…!

“Allahyarham secara peribadi tidak pernah mengadu kepada saya dia ada terima ancaman daripada mana-mana pihak. Kejadian pagi tadi memang jelas mahu membunuhnya dan sangat mengejutkan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar.

 

Beliau berkata, mungkin kepintaran, kepakaran dimiliki dan salasilah keluarga Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35, menyebabkan pihak bermusuh dengan Allahyarham berasa terancam lalu nekad membunuhnya.

 

Katanya, Fadi yang juga pensyarah warga Palestin berasal dari Gaza dipilih MyCARE sebagai imam untuk mengetuai solat Tarawih setiap Ramadan sejak 2014 selepas menjalani saringan ketat.

“Saya tidak pernah dengar atau diberitahu oleh sesiapa mengenai Allahyarham diancam. Mungkin kebijaksanaannya yang menjadi ancaman kepada pihak berkenaan lalu dia dibunuh.

 

“Allahyarham bukan saja penghafaz al-Quran, malah memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan elektrik daripada Universiti Malaya (UM).

 

“Selain itu, salasilah keluarganya termasuk Taisir Al-Batash adalah Ketua Polis Gaza yang juga seorang daripada 18 orang yang syahid dalam serangan rejim Zionis Israel di Gaza pada 13 Julai 2014,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika mengulas tragedi membabitkan Fadi yang mati ditembak ketika dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat Subuh, berhampiran sebuah kondominium di Jalan Meranti, Setapak, 6 pagi tadi.

 

Kamarul Zaman berkata, sikap Allahyarham yang lemah lembut amat disenangi sesiapa saja meskipun baru kali pertama berjumpa, malah setiap patah perkataan dituturkan amat berhemah.

 

Selain itu, katanya, Allahyarham seorang yang amat mementingkan keluarga dan lebih gemar meluangkan masa bersama isteri serta tiga anaknya.

 

 

KELUARGA Imam Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma merayu supaya jenazahnya dibawa pulang ke Gaza, Palestin untuk dikebumikan.

 

Pengurus besar Organisasi Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Antarabangsa (IESCO), Dr Mahmoud Shakfa berkata, selepas kali terakhir bertemu Fadi tujuh tahun lalu, keluarganya berpesan supaya membawa pulang jenazahnya untuk tatapan buat kali terakhir.

 

“Ayah kepada Fadi menghubungi kami, merayu supaya jenazahnya dibawa pulang ke tempat kelahirannya di Jabalia.

 

 

“Seluruh keluarganya terutama ibu dan adik beradiknya ingin menatap wajahnya buat kali terakhir.

 

“Usaha kini sedang dijalankan dengan kerjasama dari pihak kedutaan Palestin, Mesir dan Malaysia untuk urusan logistik membawa jenazah ke Gaza, mungkin mengambil masa dua hingga tiga hari,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang, hari ini.

 

Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Dr Mohd Zin Kandar berkata, pihaknya berharap urusan membawa pulang jenazah Fadi dapat dipermudahkan.

 

“Demi kemanusiaan, kami berharap supaya kerajaan Mesir tidak menghalang usaha untuk membawanya pulang, jangan nafikan hak keluarganya untuk menatap buat kali terakhir jenazah Fadi.

 

“Berdasarkan pengalaman, laluan paling segera untuk ke Gaza adalah melalui Rafah, sempadan Mesir dan Palestin, harapan kami semua pihak yang berkaitan dapat memberi kerjasama penuh,” katanya.

 

Sementara itu, keadaan di perkarangan bilik mayat Hospital Selayang dipenuhi sahabat dan komuniti Palestin yang ingin melihat jenazah Fadi buat kali terakhir.

 

Selain itu, kakitangan Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL BMI) turut berada di hospital bagi membantu menguruskan jenazah.

 

 

DR Fadi M R Albatsh disifatkan sebagai rakyat Palestin yang amat mencintai negaranya dan sering berkongsi kisah mengenai Palestin kepada penuntutnya.

 

Seorang penuntutnya, Aida Sakinah Mohd Fauzi, 22, berkata Allahyarham yang fasih berbahasa Melayu sangat berbangga dilahirkan di Palestin dan kerap menceritakan kisah keluarganya serta penindasan dialami rakyat Palestin.

 

“Saya pernah mengikuti kuliahnya ketika saya dalam proses menyiapkan projek tahun akhir. Dia seorang yang amat baik kepada semua pelajarnya.

 

“Dia kerap berkongsi kisah keluarganya dan penindasan rakyat Palestin, sering memaklumkan kepada kami bagaimana dia amat bangga dilahirkan di Palestin.

Image result for keluarga imam fadi

 

“Pejabatnya dipenuhi pelbagai poster mengenai Gaza dan perjuangan warga Palestin menentang kekejaman rejim Zionis, saya amat terkejut mendengar berita pembunuhannya hari ini,” katanya ketika ditemui, hari ini.

 

Seorang lagi pelajarnya, Nuran Nadhirah Noor Azmi, 24, berkata, dia mula mengenali Allahyarham ketika berada di semester tiga.

 

“Arwah seorang pensyarah yang rajin membantu penuntut, penyabar, suka melayan kerenah penuntut, tidak pernah meninggikan suara dan tidak pernah kedekut untuk berkongsi ilmu.

 

“Beliau juga tidak pernah lekang daripada membaca ayat suci al-Quran ketika mempunyai masa lapang.

 

“Masih terngiang lagi ayat terakhirnya, memohon maaf kerana tidak dapat menjadi panel untuk pembentangan projek tahun akhir kami, kerana dia akan berangkat ke Turki selama 10 hari.

 

“Pemergian arwah sangat memberi impak kepada pelajar kerana tiada lagi senyuman manisnya, ramah mesra dan kata-kata semangat yang sering diberikan kepada kami,” katanya

 

 

Sumber : Harian Metro

 

Leave a Reply