Uncategorized

Menyesal! ‘Saya Menanggung Malu Seumur Hidup Tatoo Kening Bentuk Lintah…!’

Sejak beberapa tahun ini, tatu kening menjadi trend dikalangan wanita kerana bentuk yang dialis tampak semula jadi tanpa perlu memperbaikinya lagi.  Namun, untuk menghasilkan alis kening yang cantik memerlukan kemahiran profesional yang tinggi kerana kesannya sepanjang hayat.

Image result for Kanyarat Chaichan

Image result for Kanyarat Chaichan

Ini apa yang terjadi kepada seorang wanita di Thailand, Kanyarat Chaichan, 26, menjadi mangsa fesyen.  Impiannya untuk memiliki bentuk kening yang elok bertukar menjadi pengalaman ngeri kerana tatu kening yang dialis berubah menjadi seperti kudis dengan saiz kelebarannya bertambah hingga 1 cm.

 

 

Kisah Kanyarat tular di media sosial selepas dia memuat naik gambarnya dan berasa putus asa harapannya untuk menjadi cantik musnah, tetapi, tanpa disangka hasratnya itu disambut baik seorang pakar terapi kecantikan, Vilailak Nan Sundatom yang ingin bekerjasama membantu Kanyarat membaiki semua tatu kening tersebut.

 

Vilailak menyatakan harapannya untuk membantu Kanyarat dengan kos rawatan yang bernilai hampir RM7,000 secara percuma.

Image result for Kanyarat Chaichan

Image result for Kanyarat Chaichan

Proses itu dipanggil microblading yang menggunakan teknologi laser untuk membetulkan alis keningnya.  Kini, Kanyarat berjaya mendapatkan bentuk kening yang lebih baik serta menyesal dengan tindakan awalnya kerana terlalu obses untuk menjadi cantik tanpa memikirkan risiko yang akan dialami.

 

 

Vilailak dalam kenyataannya turut menasihati orang ramai agar mengambil berat hal ini tanpa memperjudikan keputusan yang kesannya seumur hidup.

 

Siakapkeli.my

 

Sumber: Elite Readers

Leave a Reply