Tauldan

Lelaki Mautt Dibaham Harimau Kerana Elak Bayar Tiket Masuk Zoo!

Seorang lelaki dibaham hingga mati oleh harimau di sebuah zoo di China sangat mengerikan dan menjadi tontonan di media sosial baru-baru ini.

Kejadian ini berlaku di Dongqian Lake di wilayah Zhejiang dan mangsa yang dikenali dengan nama Zhang dikatakan telah memanjat satu pagar bersama seorang rakan untuk masuk secara percuma ke dalam zoo.

Difahamkan isteri Zhang dan dua anaknya berserta isteri rakannya itu membeli tiket untuk masuk ke zoo terbabit. Zhang dikatakan telah memanjat satu pagar setinggi tiga meter untuk masuk sebelum mendarat ke dalam kandang harimau tersebut.

Selepas jatuh, Zhang diserang oleh harimau di dalam kandang tersebut dalam insiden yang berlaku hampir satu jam itu.

Bagaimanapun, rakan mangsa bernasib baik kerana tidak mengikut jejaknya dan hanya berpaut pada pagar itu.

Video:

 

 

Sumber : https://www.hangat.com/2017/8383/lelaki-maut-dibaham-harimau-kerana-elak-bayar-tiket-masuk-zoo/

Leave a Reply