Info

Larikan Wang! Anak Khaty Azian Diburu! Dapat Ganjaran Jika Berjaya Tangkap…

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh netizen yang mencari seorang wanita yang bernama Intan Nur Nadia.

Anak Khaty Azian Dicari

 

Menerusi laman Twitter, Hangat.com difahamkan Intan merupakan anak kepada pelakon Khaty Azean.

Netizen tersebut mencari Intan kerana dipercayai telah melarikan sejumlah wang dan turut memohon pengguna untuk mencari wanita ini.

Ganjaran RM2000

Malah menurut netizen tersebut, ganjaran sebanyak RM2000 akan diberikan buat siapa yang berjaya menangkap Intan mahupun mempunyai maklumat sehingga tertangkapnya anak pelakon ini.

Namun begitu, hasil tinjauan kami di Twitter netizen yang mencari Intan, sudah pun memadam status tersebut. Tidak pasti sama ada ianya sudah selesai ataupun sebaliknya.

Hangat.com mengharapkan kes mereka telah diselesaikan secara baik.

Sumber: Hangat.com

Leave a Reply