TERKINI

KRONOLOGI:’PEMANDU BERANG TIDAK DIBENARKAN PARKIR’ – PUNCA SUSPEK LANGGAR LARI DI PUTRAJAYA

Semalam telah tular video seorang wanita telah dilanggar lari oleh sebuah kereta jenis berwarna perak model Hyundai bernombor pendaftaran BHS 7999 di tempat letak kereta, sehingga menyebabkan mangsa cedera parah di tempat kejadian.

Mangsa yang dikenali sebagai Wan Amirah Wan Alias, 31 tahun merupakan seorang penolong pengurus GTM Event Sales dilaporkan telah meninggal dunia selepas…

Pemandu yang terlibat dalam kes langgar lari semalam dipercayai berada dalam keadaan marah akibat tidak dibenarkan parkir di kawasan membeli belah.

Menurut rakan kepada mangsa, Suhaili Yahya, seorang pengawal keselamatan memberitahu beliau bahawa suspek naik angin ketika memandu pergi kereta jenis Hyundai beredar daripada kawasan tersebut.

“Kata pengawal keselamatan itu lagi, pemandu tersebut disyaki merupakan warga asing yang berasal daripada Timur Tengah,” beliau memberitahu NSTP ketika pertemuan di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya hari ini.

Merujuk kepada kes langgar lari yang dilaporkan oleh media massa, seorang penolong pengurus syarikat telekomunikasi di Cyberjaya, Wan Amirah Wan Alias mengalami kecederaan teruk ketika dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta di Shaftbury Square, 7.45 malam semalam.

Mangsa yang berusia 31 tahun itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pagi tadi.

Menurut Suhaili lagi, Wan Amirah dipercayai menjinjing sebuah beg plastik keluar, berkemungkinan besar keluar daripada salah sebuah kedai di kawasan tersebut untuk membeli makanan.

“Mangsa (Amirah) tidak memegang peranti pintar ketika kejadian tersebut, dan video (yang diperoleh daripada pengurusan Shaftbury) tersebut jelas memaparkan beliau cuba mengelak daripada dilanggar,” tambah beliau.

Lebih daripada 50 orang ahli keluarga mangsa berkumpul di hospital bagi mengiringi jenazah pulang ke rumah.

Jenazah dilaporkan akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara.

Sumber: NST