Membawang

“Kenapa Shukri tak tercalon, yang berlakon 1 drama setahun menang?” – Syazwan Zulkifly ulas kejayaan Fattah Amin

BIARPUN sudah hampir seminggu berlalu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31)  masih lagi diperkatakan, kali ini pelakon Syazwan Zulkifly menerusi Twitter miliknya pula mempersoalkan kegagalan Shukri Yahaya tercalon dalam kategori pelakon popular ABPBH 31.

Menurutnya, aktor itu sudah membuktikan popularitinya menerusi drama-drama yang mendapat rating tinggi.

 

“Kenapa kawan saya @shukriyahaya tak tercalon langsung ye? Dengan rating-rating drama yang beliau dah buat pun, top 5 pun tak dapat? Yang berlakon satu drama setahun pula boleh menang? Ajaib.

 

“Takkanlah kawan yang berjuta-juta rating dramanya di televisyen takda langsung orang undi ye dok?” soalnya.

 

Kenyataan Syazwan di laman Twitter.

Pada malam kemuncak ABPBH31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu pada 7 Oktober lalu mengangkat Wany Hasrita sebagai Bintang Paling Popular.

Selain itu, pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura memenangi kategori Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular.

 

Syazwan meluahkan pendapatnya di laman sosial miliknya.

Syazwan berkata, biarpun Shukri tidak kisah tentang perkara tersebut, namun dia sebagai pelakon yang masih aktif dalam industri menganggap ia sebagai sesuatu yang pelik.

Tambahnya, mekanisma yang digunakan bagi memilih pemenang berdasarkan populariti meragukan banyak pihak.

“Kunonya industri saya ni, boleh kamu terangkan populariti itu apa? terkenal ke? paling banyak tekan ke atau banyak beli. Kalau terkenal, tak payah kelab peminat pun boleh menang,” ujarnya.

 

Sumber : Mstar