SUKANEKA

JDT ikat Kiko, Novillo? Ada kaitan tunggakan gaji..?

BEKAS pemain Pahang, Kiko Insa menimbulkan spekulasi bakal menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) pada jendela perpindahan kedua yang akan dibuka pada 7 Mei hingga 3 Jun ini.

 

Pemain kelahiran Sepanyol-Malaysia, Francisco Javier Insa Bohigues atau lebih dikenali sebagai Kiko Insa di kalangan peminat bola sepak di Malaysia sah meninggalkan pasukan Pahang.

Perkara ini disahkan setelah keputusan mesyuarat khas jawatankuasa status FAM kali pertama bagi penggal 2017-2012 sebentar tadi mengesahkan pemain itu melakukan tuntutan terhadap bekas majikannya, Pahang FA berhubung pertikaian kontrak dan tunggakan gaji.

Dalam satu kenyataan penuh oleh FAM selepas mesyuarat jawatankuasa berkenaan, mengesahkan Kiko telah menerima sebahagian daripada jumlah tunggakan gaji tersebut.

Bagaimanapun, Pahang FA diminta untuk menyelesaikan tunggakan mencecah AS$30,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini oleh jawatankuasa berkenaan.

Khabar angin itu mula bertiup kencang sejak semalam selepas Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers memuat naik gambar pemain itu sedang menjalani latihan bersama skuad Harimau Selatan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam.

 

Jika spekulasi itu benar, Kiko bakal bergabung dengan abangnya Natxo Insa yang sudah menyertai skuad juara Liga Super itu sejak musim lalu.

 

Malah, Kiko ketika ini tidak terikat dengan mana-mana pasukan apabila meninggalkan Bangkok Glass pada pertengahan bulan ini selepas tampil empat kali bersama kelab di liga utama Thailand itu.

 

Kiko yang pernah membuat penampilan bersama skuad Harimau Malaya memang tidak asing lagi dengan Liga M selepas beraksi bersama Pahang sepanjang musim lalu.

Selain Kiko, bekas pemain tengah Lyon, Harry Novillo yang sebelum ini disebut-sebut bakal memperkuatkan skuad kendalian Raul Longhi itu turut kelihatan sudah menyertai latihan, semalam.

 

Hasrat JDT untuk mendapatkan khidmat Novillo sudah diumumkan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest sebelum ini dengan pemain berusia 26 tahun itu akan menggantikan pemain kelahiran Argentina, Jorge Pereyra Diaz.

 

“Kelab ini ingin mengalu-alukan kehadiran Harry Novillo, bekas pemain Lyon dan Melbourne City serta sedang bermain di Dubai ketika ini,” kata Prest dalam kenyataannya pada 29 Mac lalu.

 

“Dia akan menyertai kami di JDT apabila jendela perpindahan dibuka nanti. Kelab ini berasa sukacita dan gembira untuk memiliki pemain berkaliber, pemain muda dahagakan sesuatu pencapaian terbaik.”

Image result for Kiko Insa pahang

Diaz sebelum ini meninggalkan JDT pada Februari lalu, sekali gus memaksa kelab berkenaan menunggu hingga jendela perpindahan kedua untuk mencari pemain baharu.

 

Kehadiran Kiko dan Novillo dijangka mampu memperkuatkan lagi skuad Harimau Selatan dalam usaha mereka untuk mencipta sejarah memenangi kejuaraan Liga Super buat kali kelima berturut-turut.

 

 

Sumber :  https://www.hmetro.com.my/arena/2018/04/335320/jdt-ikat-kiko-novillo

Leave a Reply