Tauldan

Hidup Susah Dan Tiada Keluarga, Tetapi Bila Meninggal, Banyak Kereta Mewah Di Depan Rumahnya, Siapa Sangka Rupa-Rupanya Arwah…

Azman adalah anak yatim piatu yang hidup sebatang kara, dari kecil dia tidak bersekolah sehingga dia tidak mempunyai kemampuan apapun dan tidak memiliki pekerjaan. Dengan latar belakang seperti ini tidak ada satu wanita pun yang mahu menikah dengannya, jadi cita-cita untuk memiliki isteri dan anak sudah dia pendam.

Azman bekerja sebagai pengumpul sampah, setiap hari dia mengelilingi kota untuk mengumpulkan sampah-sampah yang ada. Pada suatu hari Azman dilanggar oleh sebuah kereta dan kejadian itu menyebabkan kakinya menjadi cacat.

Azman merasakan Tuhan tidak adil, mengapa semua ini harus menimpanya? Mengapa hanya kesulitan yang ada dalam hidupnya? Dia merasa sangat kecewa dan ingin mati sahaja. Untungnya ada salah satu pegawai di hospital yang memberi semangat kepada Azman sehingga setelah keluar dari hospital, dia kembali mengumpulkan sampah.

Setiap hari dia rajin mengumpulkan sampah, perlahan-perlahan dia sudah boleh mengumpulkan duit, kawan-kawannya hairan kerana mereka fikir Azman tidak akan berkahwin, dia tidak mempunyai tanggungan apapun, jadi untuk apa Azman bekerja kuat dari pagi sampai malam? Bahkan dia juga tidak menggunakan duitnya untuk membeli baju atau makanan.

Ketika kawan-kawannya bertanya, dia hanya berdiam saja. Tahun berlalu begitu cepat, sekarang Azman sudah menjadi seorang yang tua, ramai pemuda yang berkata padanya,”Azman, kau tu dah tua, ayah aku cakap dari dulu kau kuat bekerja, tapi kau tak pernah membelanjakan duit kau, jadi duit itu untuk apa?”

Image result for old man beggar

“Kau tak ada anak, kalau duitnya tidak guna sendiri, jadi siapa yang akan gunakan duit itu?” Mendengar kata-kata ini, Azman tetap saja berdiam seribu kata dan tidak mempedulikan orang itu.

Tahun lalu Azman meninggal dunia di usia 88 tahun, tidak ada tanda apapun yang menunjukan bahawa Azman akan meninggal. Saat jiran tetangga ingin menziarah ke rumah Azman, mereka sangat terkejut kerana di depan rumah Azman terdapat banyak kereta mewah.

Jiran tetangga berfikir, kereta siapa ini? Bukankah Azman tidak mempunyai keluarga, mengapa begitu banyak orang yang datang menziarah?

Image result for old man cry

Ternyata selama ini Azman sudah membantu anak-anak di yayasan panti asuhan, dia menggunakan duitnya untuk mengurus anak-anak tersebut. Setelah dewasa, anak-anak tersebut mula bekerja dan berjaya sehingga beberapa orang diantaranya boleh membeli kereta mewah.

Semua anak asuhan Azman datang untuk menziarah dan mengantar Azman ke tempat yang terakhir, mereka ingin ayah angkat mereka dapat beristirahat dengan tenang. Azman juga sudah mendermakan semua duutnya ke yayasan panti asuhan.

Setelah mengetahui cerita ini, jiran tetangga tidak dapat menahan sebak. Azman adalah orang yang jujur menghadapi segala rintangan dalam hidupnya, bahkan dalam kesulitannya pun dia masih rela membantu orang lain.

 

 

Sumber :  http://malaysiabolehbabe.com/hidup-susah-dan-tiada-keluarga-tetapi-bila-meninggal-dunia-banyak-kereta-mewah-di-depan-rumahnya-siapa-sangka-rupa-rupanya-arwah/

Leave a Reply