Membawang

“Hentikan Mak Jemah ERA!” – Hafiz Hamidun

SEBELUM ini hiburan tanah air digemparkan dengan aksi Faiz Roslan memuat naik video menari seksi berpakaian wanita pada awal Ramadan.

Tidak lama itu, sekali lagi Faiz membangkitkan kemarahan orang ramai apabila secara terbuka tanpa rasa segan dan malu mengakui dirinya tidak berpuasa berikutan dia tidak solat lima waktu.

Selain menerima kecaman hebat daripada orang ramai termasuklah selebriti popular seperti Sharnaaz Ahmad dan juga Azza Elite.

Terbaru penyanyi, Hafiz Hamidun turut bersuara menerusi akaun Twitter miliknya.

“Tak puasa sebab mengaku tak solat.

“Nanti bila orang tuduh hang macam-macam, melenting pula. Up video pula, minta ramai-ramai pula backup.

“Moral of the story: keep your sin to yourself. Jangan BANGGA dengan dosa. Bukan saja Allah tak suka, semua manusia benci,” tulisnya.

Dalam pada itu, Hafiz juga berharap agar komedi tiru gaya wanita perlu dihentikan.

“This has to be stopped. Cukup-cukuplah bagi tauladan yang salah pada masyarakat.

“Cukup tak payah dah “Mak Jemah” dalam radio ERA, Faizdickie punya “Sarabanon”, Ucop punya parodi, (just to name a few).

“Walaupun “sekadar hiburan”, tapi inilah natijahnya,” luahnya lagi.

Sumber : Sinar Harian