Terbaik, TMJ belanja pengunjung pasaraya RM3000 seorang!

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan hadir ke Jusco Tebrau City, Johor Bahru lewat petang Rabu.

Lebih mengejutkan pengunjung-pengunjung di situ apabila Tunku Ismail membuat pengumuman semua perbelanjaan akan ditanggung olehnya.

Beliau turut beramah mesra bersama rakyat yang sedang membeli keperluan asas di pasaraya AEON.

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi.”Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda Bangsa Johor,” ujarnya dipetik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail juga mengumumkan untuk membayar perbelanjaan setiap seorang sebanyak RM3,000.

Difahamkan Tunku Ismail membayar lebih kurang RM1 juta keseluruhannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *