Membawang,  TERKINI

Fattah Amin Buat Pengarah Haji Zeel Menangis..! Luah Perasaan Di IG.

Pengarah dan penerbit Zeel Production iaitu Fadzil Teh mengakui tersentuh apabila menonton filem KL Special Force lakonan terbaharu Fattah Amin tahun ini.

 

Menerusi satu entri di laman media sosial Instagram (IG), Fadzil Teh atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel menjelaskan dia terkejut dengan kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh Fattah dalam membawa watak sebagai anggota polis.

Ini luahan hati dari Haji Zeel:

“Saya menangis bukan sebab Liza Dollah bukan jugak sebab Rosyam Noor atau Syamsul Yusof.

“Saya menangis sebab bangkitnya Fattah Amin sebagai hero baru filem melayu.

“Dia kayu yang dikatakan ramai insan seni jugak tapi bagi saya dia kayu yang bernilai tinggi.

“Tahniah Fattah Amin lakonan hebat yang memberi impak besar dalam filem KL Special Force”

 

Di ruangan komen, rata-rata para follower Haji Zeel bersetuju dengan kenyataan yang diberikan dan mereka yang telah menonton filem berkenaan turut memuji lakonan Fattah Amin yang dianggap semakin berkualiti berbanding dulu.

 

Selain Fattah Amin, filem bercorak genre aksi dan polis ini turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Ramona Zamzam, Shaharudin Tambi, Esma Danial dan ramai lagi.

Sebelum itu, Fattah Amin pernah menjadi krew skop production sblm bergelar pelakon popular.

 

Menurut Fattah, permulaan kariernya dalam industri bermula sebagai krew produksi Skop Production sewaktu pembikinan filem pertama Syafiq Yusof, Saya Amat Mencintaimu (SAM).

Ini komen Fattah Amin:

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berlakon buat pertama kali dalam filem kerana sebelum ini saya hanya bekerja di belakang tabir produksi terbabit sebagai krew untuk menyiapkan prop.

 

“Sewaktu itu saya pernah beritahu Syafiq, bahawa tujuan saya menyertai Skop adalah untuk menjadi pelakon dan bukannya nak jadi krew.

 

“Perkara itu membuatkan Syafiq terkejut dan dia cuma ketawa dengan kenyataan yang diberikan oleh saya itu.

 

“Sekarang ini saya bersyukur telah impian itu menjadi kenyataan kerana kita tak pernah tahu rezeki Allah itu sebenarnya luas”

 

Fattah Amin mendedahkan perkara berkenaan ketika ditemui pada malam gala filem KL Special Force di Curve, Mutiara Damansara yang lalu.

 

Tahniah diucapkan!

 

Sumber : Gempak.com