TERKINI

(Eksklusif!) Sampai Tahap Polis terpaksa minta bantuan Hermes nilai harga Beg Birkin

Polis terpaksa minta bantuan Hermes nilai harga Birkin

DATUK Seri Amar Singh Ishar Singh memaklumkan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan pengeluar beg tangan mewah jenama Hermes di Paris bagi memeriksa ketulenan dan nilai sebenar bagi setiap unit.

Pihak polis akhirnya mengesahkan jumlah wang tunai yang dirampas daripada kondo mewah yang dipercayai ada kaitan dengan Najib Razak ialah berjumlah RM114 juta.

Image result for hermes malaysia

Wang tersebut terkandung dalam 35 daripada 72 beg yang telah dirampas oleh pihak polis sebelum ini. Wang berjumlah RM114 juta tersebut, selain dalam ringgit Malaysia, turut juga ditemui dalam 26 matawang asing yang lain.

37 beg lain yang dirampas pula adalah mengandungi barangan kemas dan intan berlian yang belum ditentukan lagi jumlahnya.

Difahamkan, pihak polis akan mula membuat penilaian harga mengenai barangan kemas dan intan berlian itu pada Isnin depan.

Dalam masa yang sama, pihak polis juga mengesahkan dua daripada tiga kondo mewah yang didalamnya ditemui 72 beg mengandungi wang tunai dan barangan kemas serta 284 kotak berisi beg tangan mewah itu adalah dimiliki oleh anak-anak Najib iaitu Nooryana dan Norashman.

 

VIDEO:

 

 

Sumber : Mstar