LAWAK,  Membawang

“Dulu Ko Tu Gigi Jongang,Jangan Lupa Asal Usul Weh!”- Tersentuh Hati Lihat Caption Dituju Buat Seorang Artis Glamour Ini!!

Semua orang belum tentu boleh merasai bagaimanakah hidup menjadi orang yang di kenali ramai seperti seorang artis.

Di laman sosial,semua orang kenal diri kita dengan ada jutaan followers yang sentiasa memandang setiap pergerakan dan juga aktiviti harian.

Apabila masuk ke dalam majlis, ramai yang mahu mengambil gambar dan di beri perhatian dengan macam-macam gaya. Dari situ, sikap dan diri sendiri mungkin boleh berubah menjadi seorang yang lebih sombong,angkuh dan lupa daratan kerana di puja dan puji oleh ramai orang. Itu yang biasa berlaku pada dalaman seseorang apabila berada di puncak hidup.

Betul tak?

Namun bagi seorang artis ini, di usianya baru mahu masuk awal 30 tahun, dia sudah kecapi banyak hal.

Sudah memiliki banyak bisnes yang sukses, mampu untuk menjadi bintang filem dan kini,dia antara artis yang mempunyai ramai followers di Instagram.Yang nyata,artis tersebut berusaha untuk terus rendah diri dan selalu ingat akan asal-usulnya.Individu tersebut ialah Hairul Azreen!

Bermula dari asal-usul yang biasa-biasa dan mengaku tidak punya pendidikan yang tinggi, itu tidak membuatkan Hairul patah semangat dari terus berusaha keras dalam dunia hiburan.

Image result for hairul azreen muda

Image result for hairul azreen muda

Image result for hairul azreen muda

Kini Hairul sudah menjadi seorang pelakon drama dan filem, mempunyai beberapa buah bisnes seperti menjual produk pemakanan, pakaian, bisnes sewa set lokasi shooting dan menjadi duta pelbagai produk.

Dia juga menikahi wanita yang sangat di cintainya dari zaman muda remaja dan mempunyai anak yang punya jutaan peminat termasuklah kucingnya,Bujibu yang ada lebih dari 1 juta followers.Semuanya nampak sangat hebat!

Bermula sebagai seorang budak lelaki yang kerja di jalanan sebagai pengecat seperti dalam gambar ini, Hairul telah meniti kemuncak hidup yang sangat hebat yang mungkin tidak semua orang boleh kecapi.

Namun ada rakannya menghantar satu mesej kepadanya sempena hari lahirnya baru-baru ini. Ia adalah salinan IC Hairul di zaman dia masih bersekolah.Kata-kata dan nasihat rakannya itu sangat terbaik yang di puji ramai netizen.

Dalam caption yang di share Hairul melalui akaun Ignya,“Kawan saya @muhammadafiqrahman masih simpan lagi gambar ini, sebab dia ckp kalau saya lupa diri dia akan tunjuk gambar ini , katanya nya dulu kau tu gigi jongang, jgn lupa asal usul, bila jadi artis !! 🤪btw thank you semua wish birthday saya hari ini”.

 

Sumber : https://kisahdunia.com/2018/04/26/dulu-ko-tu-gigi-jongangjangan-lupa-asal-usul-caption-terbaik-ini-buat-netizen-tersentuh-hati-dituju-buat-seorang-artis-glamour-ini/

Leave a Reply