Membawang

Dia Bapa Penyayang, Nabila Anggap Hael Husaini Ada Semua Ciri Yang…..Tahniah!

PENANGAN lagu ‘cumi cumi’ telah menaikkan nama Nabila Razli bersama dengan komposer lagu berkenaan, iaitu Hael Husaini.

Disebabkan hubungan mesra sering dilihat di media sosial, ramai peminat menganggap mereka mempunyai hubungan istimewa.

Image result for Hael Husaini anak

Nabila sendiri akui bahawa dia berasa selesa selama mengenali penyanyi lagu Jampi itu dan Hael turut mempunyai beberapa ciri-ciri lelaki idaman yang dia inginkan.

 

 

“Mana-mana lelaki pun ada ciri-ciri lelaki idaman saya. Untuk Hael, saya akui dia bapa yang penyayang.

“Kalau ditanya mengenai ciri-ciri lebih spesifik, saya mahukan lelaki yang berpenampilan kemas dan pembersih,” katanya dipetik daripada Harian Metro.

Image result for Hael Husaini anak

Dalam masa yang sama, penyanyi lagu Pematah Hati itu juga tidak menafikan bahawa Hael mempunyai kesemua ciri yang dia mahukan di dalam diri lelaki idamannya.

 

Bagaimanapun, itu tidak bermaksud kedua-duanya mempunyai hubungan istimewa kerana mereka telah mengenali antara satu sama lain sejak tahun 2013 lagi.

Image result for Hael Husaini anak

“Pada ketika itu, dia banyak membantu saya dari segi persembahan dan sebagainya. Sehingga kini, dia juga banyak membantu dari sudut pemilihan lagu dan sebagainya.

 

“Kerana itu, saya dan dia lebih selesa dan kerapatan kami itu membuatkan ramai salah faham sehingga menganggap kami sedang bercinta.

Image result for Hael Husaini anak

Image result for Hael Husaini anak

“Pendek kata, dia ada bersama saya sejak zaman saya dikutuk sehinggalah sekarang apabila saya sudah mula mendapat tempat di dalam industri,” tambahnya lagi.

 

Mereka berdua bgaikan dapat dihidu selepas Nabila kelihatan menitiskan air mata semasa Hael diobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) pada bulan lalu.

Dalam perkembangan lain, dikatakan seminggu dari sekarang, Nabila bakal terbang ke Turki bagi menjalani penggambaran bagi drama keduanya, Cintaku Di Bumi Izmir.

 

Sumber – MYNEWSHUB.CC/AH

Leave a Reply