Membawang

‘Dah nasihat, tapi…’ – Kazar ulas isu gambar cium

“ITU gambar Ira dengan sepupunya, Haffiz yang juga anak pelawak Helmi Gimmick. Hubungan mereka terlampau rapat. Tapi saya sedar perbuatan yang dilakukannya itu tetap salah,” kata pelakon Kazar Saisi ketika diminta mengulas gambar anak perempuannya yang tular di laman sosial itu.

 

Ira mendapat kecaman netizen selepas memuat naik gambarnya bercium dengan lelaki di laman Insta Story miliknya, minggu lalu.

 

Menurut pemilik nama sebenar Kazaruddin Saisi, 59, dia juga tidak tahu menahu mengenai gambar bercium yang dimuat naik Ira di IG Storynya itu.

“Saya tidak tahu pun mengenai gambar itu kerana jarang mengikuti Instagram miliknya.

 

“Walaupun mereka sepupu tetapi perbuatan Ira memuat naik gambar seperti itu tetap salah,” katanya kepada Harian Metro.

 

Ditanya mengenai tindakannya pula, kata Kazar, dia memang sudah menasihati anak perempuannya itu supaya tidak memuat naik gambar dan video yang boleh mencetuskan kontroversi di laman sosial.

 

“Saya memang sudah menasihatkannya supaya menjaga nama baik saya dan keluarga tetapi nampaknya dia mencetuskan kontroversi sekali lagi,” katanya.

Image result for anak Kazar

Bagaimanapun, kata Kazar, dia tidak cepat melatah dengan kecaman netizen pada anaknya itu.

 

“Sebagai bapa, saya lebih kenal anak saya macam mana.

 

“Saya boleh terima teguran secara berdepan. Sebab itu saya suruh netizen datanglah ke rumah dan tengok sendiri bagaimana rapatnya hubungan kami sekeluarga,” katanya.

 

Sebelum ini, nama Ira atau Fadira Fatini Kazar, 22, pernah mendapat perhatian dan kecaman dari netizen kerana video menari gelek dengan aksi keterlaluannya berlatarkan lagu One Dance nyanyian Drake menjadi tular di laman sosial pada 2016.

Image result for anak Kazar

 

Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/333747/dah-nasihat-tapi

Leave a Reply