TERKINI

“Astaghfirullahalazim…” -Wan Azizah Jawab Soalan Nurul Izzah kahwini Agong?

HULU SELANGOR : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terkejut selepas diajukan soalan anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar bakal berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tidak tahu dan menafikan khabar angin berkenaan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh yang dikatakan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Astaghfirullahalazim… jangan dengar berita khabar angin. Tidaklah …,” katanya pada sidang media Lawatan Ke Rumah Ehsan Warga Emas, Kuala Kubu Bharu, di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini, portal dan media tempatan melaporkan berita perkahwinan Naib Presiden PKR dan kerabat diraja Kelantan yang turut viral di media sosial. Pada 24 Mei lalu, ibu bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah menemui bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kubang Kerian.

Lawatan itu yang pertama untuk Dr Wan Azizah ke Kelantan selepas diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pertemuan tertutup berkenaan berlangsung selama sejam.

Bagaimanapun, mesej viral itu memutar fakta dan mengatakan Anwar dan Dr Wan Azizah bertemu dengan raja untuk membincangka perkahwinan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum  ini menghadiri majlis menerima menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota Kubang Kerian di sini.

Perjumpaan kira-kira satu jam itu diadakan secara tertutup dan tiada liputan media dibenarkan. Dr Wan Azizah, yang juga presiden PKR tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini,  bersama suaminya yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut menyambut Dr Wan Azizah termasuklah Pengarah Komunikasi PKR Kelantan Sukirman Mustafa. Ini merupakan lawatan sulung Dr Wan Azizah ke Kelantan selepas mengangkat sumpah sebagai timbalan perdana menteri pada Isnin lepas di Istana Negara, Kuala Lumpur.

 

Sumber : BH Online