Uncategorized

Anak baru lahir dibacakan al-Quran, bapa ini boleh dijadikan contoh terbaik kepada semua lelaki

“Alhamdulillah, menyambut Ramadan bersama puteri kesayangan,” tulisnya yang berasal dari Narathiwat.
Bagi ibu bapa yang baru sahaja mendapat cahaya mata, Ramadan kali ini semakin bermakna dengan kehadiran zuriat mereka yang menjadi pelengkap kepada sebuah keluarga.

BEGITU JUGA BAGI FAISAL SA-U YANG BERSYUKUR SETELAH MENERIMA ANAK KEDUA APABILA ISTERINYA, HUSNIYA SA-U SELAMAT MELAHIRKAN BAYI PEREMPUAN PADA AWAL APRIL LALU.

Solat bersama isteri..

Selamat datang ke dunia…
Setelah lebih sebulan dilahirkan, lelaki Muslim berasal dari Thailand itu berkongsi beberapa keping gambar di laman Facebook yang kelihatan sedang membaca ayat suci al-Quran untuk bayi tersebut.

Gambar dimuat naik itu memperlihatkan Faisal sedang memangku anaknya yang diberi nama Anabia sambil mengalunkan surah-surah al-Quran dengan khusyuk.

“ALHAMDULILLAH, MENYAMBUT RAMADAN BERSAMA PUTERI KESAYANGAN,” TULISNYA YANG BERASAL DARI NARATHIWAT.

LELAKI YANG MEMILIKI RIBUAN PENGIKUT DI FACEBOOK ITU JUGA BERKONGSI KOLEKSI GAMBAR KELAHIRAN BAYI COMEL ITU SETELAH MELAKUKAN ‘PHOTOSHOOT’ ISTIMEWA BEBERAPA HARI LALU.

Comelnya Anabia!

Al-Fatihah, surah pertama Al-Quran…

Seindah namanya!

Sumber : Faisal Sa-u