Membawang

‘Anak Abah’ -DARIYA INARA penyejuk hati Jep & Sari Yanti!

 

Tahniah buat pasangan selebriti, Jep Sepahtu dan Sari Yanti yang menerima kehadiran orang baru!

Sari Yanti selamat melahirkan bayi perempuan pada tengah malam tadi. Berita ini dikongsi menerusi akaun Instagram Jep Sepahtu.

Menerusi akaun berkenaan, Jep mengucapkan terima kasih atas doa yang tidak pernah putus daripada semua kepada mereka untuk menerima kedatangan ahli keluarga baru ini.

Menariknya, anak mereka turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan pelawak, Rahim.

Pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 di Dewan Mercu Mustapha Kamal. Majlis diadakan secara tertutup untuk keluarga dan kenalan rapat sahaja.

 

 

SUBHANALLAH.. DARIYA INARA @sariyanti #AnakAbah

 

Semoga dengan kehadiran orang baharu  ini, rumah tangga Sari Yanti dan Jep akan lebih bahagia dan dilimpahi dengan rezeki. Tidak sabar kami ingin melihat wajah bayi mereka.

 

 

Sumber :https://kisahdunia.com/2018/05/02/anakabah-jep-sepahtu-dedah-nama-wajah-anak-comelnya/

Leave a Reply