Info

Alhamdulillah.. Yusuf Azmi Menimang Cahaya Mata Baru!

Penantian bekas Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi berkesudahan dengan khabar gembira dan penuh kesyukuran. Beliau yang sebelum ini ada memuat naik gambar di laman Instagram miliknya mengatakan:

Menunggu Cahaya mata bernama Muhammad Umar yang masih malu nak keluar..Walaupun dah 38 minggu..Semoga isteri tercinta bersabar menunggu kedatangan ahli syurga yang tidak mempunyai dosa..Muhammad Umar..Manja minta maaf selalu banyakkan masa dengan maslahat ummah..Tetapi baby tercinta sabar dengan ujian..”

Agak lama juga si comel ini tinggal dalam kandungan ibunya, tidak hairanlah Yusuf Azmi serta Sebrina Hamdan tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan putera bongsu mereka.

Setelah sabar menanti, akhirnya lahirlah putera bongsu mereka yang diberikan nama Muhammad Umar.


“Alhamdulillah Syukur Kepada Allah S.W.T..Putera kami telah selamat dilahirkan semalam jam 11.13 malam..Terima Kasih kepada semua yang mendoakan isteri saya..Mudah Mudahan Putera kami yang bernama Muhammad Umar menjadi khalifah dan meneruskan perjuangan Nabi Muhammad S.a.w..Amin Amin..Banyak dugaan dan Ujian dan kami lalui..Allah hadiahkan kami Putera ia lebih besar perhargaan dari segalanya..Terima Kasih kepada isteri tercinta sentiasa sabar dalam menghadapi ujian bersama..Manja cintakan baby sangat snagat.Manja cintakan baby sampai Ke Jannah.. Yusuf Azmi cintakan Sebrina Hamdan..” 

Begitulah luahan  di laman Instagram miliknya sejurus selepas kelahiran anak bongsu beliau.

Jom tengok gambar-gambar comel Muhammad Umar di bawah:

 

Si Comel Muhammad Umar

 

 

 

Penulis: HnH

Sumber: Instagram Yusuf Azmi

Yusuf Azmi Menimang Cahaya Mata Baru – Muhammad Umar

 

Leave a Reply