Membawang

Alahai..“Comelnyer Dia Jalan-jalan Dalam Rumah Besar Tue”-Netizen Geram Tengok Ariff Cucu Ds Siti Dan Ds Khalid Nampak Sweet Ketuk Bilik Aunty Aafiyah..

Di laman sosial sudah menjadi satu perkara biasa apabila akaun Instagram kepada ramai anak selebriti menjadi ikutan ramai netizen. Selain daripada Yusuf Iskandar, cucu kepada Ds Siti dan juga DS Khalid nampaknya semakin hari semakin mendapat perhatian ramai.Wajahnya bulat dan berisi membuatkan dia terlihat makin comel dan seperti mahu di cubit-cubit pipinya.Dia lebih di kenali ramai sebagai Ariff dan nama manjanya yang sering di panggil oleh ibu ayah dan Tok Ti adalah “pipi pau”.

Ariff di katakan seorang happy boy kerana dia suka untuk tersenyum dan ketawa dengan sesiapa sahaja yang di jumpainya. Dia juga seorang anak yang pandai bergaul dengan anak-anak yang lain seusia dengannya. Ariff dan orang tuanya tinggal bersama dengan Ds Siti dan Ds Khalid beserta dengan ibu saudaranya,Aunty Aafiyah.

 

Di sebabkan Ariff tinggal serumah bersama Ds Siti dan suami, makanya dia menjadi kesayangan ramai orang kerana merupakan satu-satunya cucu yang berada di rumah itu.Bilamana Aafiyah lahir,makanya Ariff mendapat kawan baru yang di panggil sebagai “Aunty Princess”.Aktivti harian Ariff di rumah itu membuatkan ramai netizen merasakan sangat lucu dan sweet….

Waktu malam, sebelum masuk ke dalam bilik tidur, Ariff akan masuk ke bilik Aunty Princess terlebih dahulu untuk melihat ibu saudaranya .Selepas itu barulah dia ke bilik tidurnya untuk masuk tidur bersama dengan orang tuanya.

Keesokan harinya, Ariff akan datang mengetuk pintu bilik Aunty Princess di awal pagi. Biasanya dalam bilik Aunty Princess sudah ada Umi Siti dan Bibik yang menguruskan sang Aunty Princess. Selepas melawat bilik Aunty Princess, Ariff akan mengetuk pula pintu bilik Tok Ayahnya jika Tok Ayah ada di dalam.

Paling comel,ke mana sahaja Ariff bergerak,dia pasti akan “memandu” kereta mininya bersama. Comelkan Ariff ini? Mesti lepas ini dia akan sangat rapat dengan ibu saudaranya apatah lagi bila mereka sudah besar.

Sumber-KisahDunia.COM / ceritadunia.org

Leave a Reply