Membawang

“Aku Yang Dulu Bukan Lah Yang Sekarang….” – Tegar Kembali Mengemis? Wajah Terkini Yang Mengejutkan…!

Ada yang menganggap populariti penyanyi ini seperti One Hit Wonder, kerana Tegar dikatakan hanya popular menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang dan lagu-lagunya yang lain kurang menonjol seperti single ini.

Image result for tegar

Related image

Image result for tegar

Kembali Mengemis?

Tegar yang berasal dari Jawa Barat Indonesia itu dahulunya hidup serba kesusahan dan pernah mengemis untuk menampung perbelanjaan keluarganya. Selepas bergelar penyanyi, barulah mereka sekeluarga tidak lagi hidup dalam serba kesusahahan.

 

Namun begitu, namanya seperti sudah tenggelam dan dikatakan kembali hidup susah sampai terpaksa mengemis di jalanan kerana dakwaan dia sudah kekurangan undangan menyanyi.

 

Masih Mampu Menyara Keluarga

Akan tetapi menurut Tegar, dakwaan tersebut hanyalah palsu semata-mata kerana meskipun tidak lagi kerap membuat persembahan namun dia masih lagi aktif dan masih lagi memenuhi undangan nyanyian lebih kurang empat kali sebulan.

 

“Tak usah dibahas lagi persoalan tentang hidup susah kerana semuanya sudah berlalu. Kisah yang disebutkan itu sudah menjadi sejarah saya. Sekarang hidup saya macam biasa sahaja tapi tidaklah susah seperti mana yang diperkatakan segelintir pihak”

 

Tambahnya juga, meskipun wang yang dimiliki tidaklah terlalu lumayan namun hasil pendapatan itu, dia masih mampu menampung perbelanjaan mereka sekeluarga. Biarpun kurang dikenali di Indonesia, namun Tegar tetap mempunyai peminat yang ‘tegar’ di Malaysia.

 

“Wang saya mungkin tidak banyak. Tetapi cukuplah untuk menampung keluarga dan pelajaran adik-adik yang lain. Kalau ada yang kata saya kembali meminta sedekah itu, mereka tidak tahu apa-apa,”

Image result for tegar

Image result for tegar

Pada pendapat kami, jika Tegar fokuskan pasarannya di Malaysia barangkali namanya mungkin akan terkenal dengan pantas seperti kebanyakan penyanyi remaja yang lain. Apa pun diharap Tegar akan terus cekal dan teruskan menyanyi!

VIDEO:

 

Sumber : https://www.hangat.com/2018/39282/tegar-kembali-mengemis-kerana-tidak-laku-1/

Leave a Reply