Membawang

“Aku tak pernah main-mainkan nama Allah” – Aweera Kecewa

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Prime Domestic, Aweera membuat laporan polis pada malam Selasa berhubung akaun palsu di Facebook menggunakan gambarnya bagi menghina agama Islam.

Aweera atau Nasharul Aweera Noriyissham, 27, menerusi Instagram memberitahu dia tidak pernah mempermainkan nama Allah atau agama Islam seperti mana didakwa oleh akaun palsu berkenaan.

“Allahuakhbar… Ada lagi ke orang buat akaun palsu! Jaga-jaga anda semua, ini palsu.”Aku tak pernah nak main-mainkan nama Allah… Semoga orang yang buat akaun palsu ini mendapat hidayah Allah.

Aweera turut memuat naik paparan skrin komen biadap yang menggunakan gambarnya di Facebook.

“Alhamdulillah baru lepas buat laporan polis berkaitan akaun palsu yang menggunakan gambar saya dan di dalam akaun itu dia telah menghina agam Islam menggunakan gambar saya.

Sebelum itu, Aweera memuat naik paparan skrin akaun menggunakan nama ‘Para Pencari’ yang meninggalkan komen biadap mengenai agama Islam di profil menggunakan nama ‘Mencari Tuhan’ di Facebook.

Dalam pada itu, Aweera berkata, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan berhubung akaun palsu berkenaan.

“Apa-apa pun saya serah pada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya,” tulisnya di Instagram.

 

VIDEO Aweera :

Sumber :  http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/05/02/aweera-lapor-polis/#JoWyZWJ4RqOoSDzR.99

Leave a Reply